GEMILANG
JOHOR BAHRU
Tuan Haji Mohsin bin Hj Salim.

Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru

Pengetua-pengetua di Johor Bahru mestilah banyak membaca dan pandai berkomunikasi supaya tidak ketinggalan zaman. Pengetua-pengetua mesti ada "Value Added and Value Creation" supaya menjadi lebih baik daripada orang lain dan guru-guru lain. "Be the Best and Cannot Be At The Bottom". Dengan demikian, pengetua-pengetua akan sentiasa berilmu dan guru-guru lain boleh belajar daripada pengetua.

Pengetua hendaklah memberikan fokus utama kepada bidang kurikulum. Dalam hai ini, JPNJ telah mempunyai suatu "machinery" untuk membantu membangunkan kurikulum di negeri Johor iaitu melalui Sistem Analisis Peperiksaan (SAP). SAP merupakan inovasi terbaik JPNJ dan telah menerima anugerah Menteri Pelajaran Malaysia. Bedasarkan SAP, "headcount" boleh dilaksanakan dengan berkesan. Para pengetua dan semua guru sepatutnya menguasai SAP dan berkemampuan untuk merancang dengan teliti perkembangan setiap pelajarnya demi masa depan mereka.

 
 
Lawatan PKPSM Cawangan Johor Bahru ke Ho Chi Minh City, Vietnam.
 
 
 
 
 
 

 
JOHAN PERTANDINGAN GALERI DATO' ONN
PERINGKAT NEGERI JOHOR

Dalam Karnival Sejarah dan Patriotisme Sekolah-sekolah Negeri Johor, beberapa pertandingan telah diadakan sempena karnival tersebut. Dalam karnival itu SMK Kota Masai telah menyertai pertandingan Galeri Dato Onn, seterusnya SMK Kota Masai telah terpilih sebagai Johan Galeri Dato Onn peringkat Negeri Johor. Piala dan hadiah telah disampaikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman kepada Tuan Pengetua Hj. Abd Rahim bin Ahmad di Majlis Penutup Karnival Sejarah dan Patriotisme peringkat Negeri Johor di Tangkak pada 11 Ogos 2006.
 
Pihak sekolah merasakan bahawa ini adalah kejayaan yang besar, terutama bagi SMK Kota Masai yang baru berusia 3 tahun yang telah mencapai kejayaan hingga ke tahap itu.
 
Sesungguhnya ini selari dengan dasar pengetua sekolah ini, bahawa jika ingin menyertai sesuatu pertandingan, pastikan bukan sahaja boleh mendapat salah satu kedudukan tetapi yakin boleh untuk menjadi Johan. Alang-alang kita membuat sesuatu kerja, pastikan ia dibuat bersungguh-sungguh kerana kepenatannya adalah sama. Jadi mengapa tidak, kita gunakan semua kepakaran guru-guru dan kerajinan pelajar-pelajar supaya galeri yang kita bina menjadi sesuatu yang gemilang, puas mata memandang. Disamping itu galeri ini telah menjadi rujukan matapelajaran sejarah bagi pelajar-pelajar. Pihak sekolah sedia membantu dari segi kewangan dan pasarana.
 
Maka untuk berjaya dalam sesuatu bidang, pengetua marupakan orang penting dalam memberi semangat kepada orang di bawahnya untuk terus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran yang dirancang.
 
BERUSAHA - BERILMU - BERAMAL
 
KEJAYAAN SEKOLAH
KECEMERLANGAN KOPERASI SMK SRI TEBRAU BHD
JOHOR BAHRU
 

LATARBALAKANG KOPERASI
Koperasi Sekolah Menengah Sri Tebrau Bhd. Johor Bahru telah didaftarkan pada 17 Sptember 1987, iaitu lebih kurang tiga tahun selepas sekolah mula beroperasi. Walaubagaimanapun, hanya setahun kemudian koperasi sekolah mula mempunyai bangunan kedai sendiri yang telah diubahsuai pada tahun 1989.
 
Koperasi sekolah ini, dipengerusikan sendiri oleh pengetua sekolah dengan dibantu oleh 17 orang ahli Lembaga Koperasi seperti berikut:
  • Pengerusi - Naib Pengerusi - Bendahari - Pengurus Bekalan
  • Setiausaha - Pengurus Jualan Pagi - Pengurus Jualan Petang
  • Juruaudit Dalaman - 9 orang ALK di kalangan pelajar.
PENCAPAIAN CEMERLANG
Koperasi sekolah diurus dan ditadbir dengan baik dan cemerlang sehingga mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Selain menjadi koperasi sekolah contoh di Negeri Johor, koperasi yang diuruskan oleh bendaharikoperasi En. Heng Fock Jan dan dibantu oleh guru-guru koperasi yang lain telah berjaya menempah beberapa kejayaan sepertimana berikut:
  • Anugerah Kualiti koperasi sekolah Peringkat Negeri Johor Tahun 1999.
  • Anugerah Kualiti Koperasi Sekolah Peringkat Nasional Tahun 1999.
  • Tempat pertama Pertandingan Skim Intensif Pelaburan Tertinggi.
  • Anugerah kualiti Koperasi Sekolah Peringkat Negari Johor Tahun 2003.
  • Anugerah kualiti Pengerusi Koperasi Sekolah Peringkat Negeri Johor.
  • Anugerah Guru Cemerlang Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan, Angkasa.
  • Anugerah Guru Koperasi Sekolah Terbaik Peringkat Negari Johor 2006.
Kejayaan Koperasi Sekoklah Menengah Sri Tebrau Bhd adalah hasil kerjasama semua pihak terutamanya pihak pengurusan sekolah dan Ahli Lembaga Koperasi sekolah. Pelajar-pelajar sekolah turut memainkan peranan penting sebagai penguna utama kepada koperasi sekolah. Komitmen semua pihak adalah perlu untuk terus menyokong koperasi dalam memastikan kesinambungan kecemerlangan yang berterusan.
 
 
 

   

KEMBALI

 


 

PKPSM NEGERI JOHOR
Komen/Cadangan Mengenai Laman Web: (Penyelenggara Web )
© Hakcipta Terpelihara 2008 - Bahagian  ICT