PERLEMBAGAAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM)
Fasal 1         NAMA
Persidangan yang ditubuhkan di bawah fasal-fasal ini dikenali dengan nama "Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia". Nama ringkasnya ialah PKPSM.
 Fasal 2         ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN
Bahagian Sekolah,
Kementerian Peiajaran Malaysia,
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA.
Fasal 3         TAFSIRAN
3.1    Pengetua ialah pegawai yang berkhidmat di bawah Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan  Siswazah dengan
         menyandang jawatan sebagai Pengetua di sekolah menengah, Kementerian Pendidikan Malaysia.
3.2     Jawatankuasa bermaksud jawatankuasa pentadbir PKPSM.
3.3     Dana ialah kumpulan wang PKPSM.
3.4     Luput kelayakan sebagai ahli biasa PKPSM bermaksud tidak lagi menjadi pengetua.
3.5     Bekas ahli bermaksud pengetua yang telah bersara wajib.
Fasal 4       KETERANGAN LOGO    
4.1     Bentuk Keseluruhan.
          Logo ini terdiri dari bulatan yang membujur dengan dua warna di bahagian atas berwarna putih dan di bahagian bawah
          berwarna biru. Di bahagian tengah terdapat sebuah obor dan di bawah obor terdapat perkataan Malaysia.
4.2     Bentuk Dasar
          Bulatan bujur melambangkan permuafakatan semua pengetua sekolah menengah seluruh Malaysia.
4.3     Obor
          Melambangkan ketekunan dan kesungguhan dalam memberikan pendidikan berkualiti kepada anak didik dan orang lain.
4.4     Skim Warna
                4.4.1        Warna putih melambangkan kesucian dan keikhiasan untuk berbakti kepada roasyarakat dan negara.
                4.4.2        Warna biru melambangkan keharmonian dan perpaduan ahli yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan
                               budaya.
                4.4.3        Warna merah melambangkan keberanian menjalankan tugas dan tanggungjawab walaupun menghadapi
                               berbagai-bagai cabaran.

Fasal 5       TUJUAN PKPSM

5.1   Memajukan pendidikan di seluruh negara berdasarkan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Faisafah
        Pendidikan Kebangsaan.
5.2    Memberi sokongan dan pandangan terhadap pelaksanaan dasar dan mempertahankan kepentingan
        pendidikan negara.
                      5.3   Meningkatkan taraf profesionalisme ahli-ahli PKPSM khususnya dan semua guru di Sekolah Menengah
                             amnya.
                      5.4   Mewujudkan satu jaringan perhubungan dengan pihak berkuasa dan pihak yang berkaitan bagi menjaga
                              kepentingan pendidikan.
                      5.5    Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan di peringkat sekolah meialui
                              pelbagai aktiviti latihan dan pendedahan bertaraf dunia di dalam ataupun di luar negeri
                      5.6   Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pengumpulan wang dan melakukan penjualan barangan
                             atau bahan perkhidmatan yang berkaitan dengan kepentingan PKPSM untuk tujuan mengumpul dana bagi
                             menggerakkan aktiviti PKPSM.
                      5.7   Menjaga dan meningkatkan kebajikan ahli-ahli.
Fasal 6      PENUBUHAN
6.1     Penubuhan PKPSM Malaysia adaiah tertakluk kepada kuasakuasa dan peruntukan Kementerian Pendidikan Malaysia.
                     6.2     Penubuhan Cawangan-Cawangan PKPSM juga adalah tertakluk kepada kuasa-kuasa dan peruntukan
                               Kementerian Pendidikan Malaysia.
                     6.3     PKPSM Negeri adalah cawangan kepada PKPSM Malaysia.  PKPSM Bahagian/Daerah adalah pula
                               cawangan kepada PKPSM Negeri.
                     6.4      PKPSM Negeri dan Bahagian/Daerah tertakluk kepada Peraturan dan Periembangaan PKPSM Malaysia.

Fasal 7      PENAUNG DAN PENASIHAT

7.1           Penaung Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), Kementerian Pendidikan Malaysia.
                   7.2           Penasihat
                                   7.2.1        Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Jabatan Sekolah), Kementerian Pendidikan Malaysia.
                                   7.2.2        Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Fasal 8        KEAHLIAN
8.1        Ahli Biasa
             Semua Pengetua Sekolah Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan di bawah tadbiran Kementerian
             Pendidikan Malaysia adalah layak untuk menjadi ahli secara automatik.
                       8.2        Ahli Bersekutu
                                   8.2.1        Pengetua-pengetua Sekolah Menengah di bawah tadbiran Kerajaan Negeri, kementerian-
                                                   kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang lain adalah layak untuk menjadi ahli bersekutu.
                                   8.2.2        Setiap orang yang ingin menjadi ahli bersekutu hendaklah memohon dengan mengisi borang
                                                   permohanan yang disediakan oleh PKPSM dan mengemukakannya kepada Setiausaha
                                                   Kehormat PKPSM Kebangsaan.  Setiausaha Kehormat akan memaklumkan keputusan
                                                   Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kebangsaan PKPSM mengenai permohonan tersebut.
                                   8.2.3        Ahli Bersekutu boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti anjuran PKPSM.
                                   8.2.4          Ahli Bersekutu tidak mempunyai hak mengundi tetapi boleh dilantik menganggotai
                                                  Jawatankuasa Kecil.
                                  8.2.5         Mereka yang telah Juput kelayakan menjadi ahli biasa boleh memohon untuk
                                                  dipertimbangkan menjadi ahli bersekutu PKPSM.

Fasal 9         PUNCA KEWANGAN

9.1           Yuran ahli biasa dan ahli bersekutu.
                   9.2           Sumbangan dan derma ikhias dari pelbagai sumber.
                   9.3           Aktiviti-aktiviti mengisi tabung kewangan atau dana di semua peringkat yang dipersetujui oleh
                                   Jawatankuasa Kerja PKPSM Kebangsaan.
Fasal 10        STRUKTUR PKPSM
10.1      PKPSM adalah terdiri dari:
                                  10.1.1      Jawatankuasa PKPSM Kebangsaan.
                                  10.1.2      Jawatankuasa PKPSM Negeri.
                                  10.1.3      Jawatankuasa PKPSM Bahagian/Daerah bagi setiap negeri.

Fasal 11        JAWATANKUASA KERJA KEBANGSAAN

11.1      Segala urusan yang berkaitan dengan PKPSM adalah dibuat oleh Jawatankuasa Keria Kebangsaan yang mengandungi:-
 11.1.1      Yang DiPertua (YDP)
 11.1.2      Naib Yang DiPertua (NYDP)
 11.1.3      Setiausaha Kehormat
 11.1.4      Penolong Setiausaha Kehormat
 11.1.5      Bendahari Kehormat
 11.1.6      Semua Yang DiPertua PKPSM Negeri
 11.1.7      YDP dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja Kebangsaan boleh melantik
                 tiga (3) orang atau lebih Ahli Jawatankuasa Tambahan mengikut keperluan.
11.2     Jawatan Setiausaha Kehormat dan Penolong Setiausaha Kehormat akan dilantik oleh Yang DiPertua PKPSM
           Kebangsaan dengan mendapat persetujuan dari Jawatankuasa Kerja Kebangsaan.
 11.3    Semua ahli yang berkhidmat di dalam Jawatankuasa Kebangsaan dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas
           eksekutif di dalam PKPSM ini mestilah warganegara Malaysia.
 11.4    Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Kebangsaan adalah terdiri daripada YDP Cawangan setiap negeri di Malaysia, manakala
           ahii Jawatankuasa Kerja di peringkat negeri pula adalah terdiri daripada YDP Cawangan setiap daerah dalam negeri
           berkenaan dan ahli Jawatankuasa Kerja di peringkat daerah pula dipilih secara undian dalam Mesyuarat Agung
           berkenaan oleh ahli-ahli yang hadir.
11.5     Jawatankuasa Kerja akan dipilih semasa Mesyuarat Agung Tahunan PKPSM dan akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dipilih semula, jika dicalonkan.
 11.6    Pencalonan dan pengundian untuk sesuatu jawatan dalam Jawatankuasa Kerja hendaklah dibuat pada hari Mesyuarat
            Agung dengan cara undian mengangkat tangan ATAU kerja undian, sebagaimana yang diputuskan oleh Jawatankuasa
            Kerja Kebangsaan.
 11.7     Jawatankuasa Kerja Kebangsaan mempunyai kuasa-kuasa seperti berikut:-
 11.7.1      Menerima ahli-ahli PKPSM mengikut Fasal 8.
 11.7.2      Menguruskan hal-hai kewangan PKPSM.
 11.7.3      Mencadangkan fasal-fasal baru atau pindaan atau membatalkan fasal-fasal yang dikuatkuasakan
                sekarang mengikut Fasal 23.
 11.7.4      Menjalankan tugas-tugas lain mengikut Periembangaan PKPSM.                                                       11.7.5       Jawatankuasa Kerja Kebangsaan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekaii dalam tiga (3)
                bulan dan sekurang-kurangnya empat belas (1 4) hari pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah
                diberikan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa.  YDP dengan bersendirian, atau tidak kurang daripada tiga
                 (3) orang ahli Jawatankuasa Kerja Kebangsaan bersama-sama boleh memanggil Mesyuarat
                 Jawatankuasa Kerja Kebangsaan bila-bila masa.  Sekurang-kurangnya satu per dua (l/2) daripada ahli-
                 ahli Jawatankuasa Kerja Kebangsaan hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan
                 mencukupkan korum mesyuarat.
 11.7.6      Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa Kerja Kebangsaan dan
                mesyuarat tidak dapat dijalankan, maka Setiausaha Kehormat boleh mendapatkan kelulusan
                Jawatankuasa Kerja Kebangsaan secara pengedaran surat pekeliling.  Syarat-syarat mengenainya
                 seperti berikut hendaklah
                          disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa Kerja Kebangsaan boleh dianggap sebagai telah diterima:
                  (a)     lsu/masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dinyatakan dengan terang di dalam surat pekeliling yang
                          diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa Kerja Kebangsaan.
                  (b)     Sekurang-kurang satu per dua (l/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa Keria Kebangsaan mestilah
                           menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan
                   (c)    Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.  Sebarang keputusan yang diperoleh meialui surat
                           pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Kehormat kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
                           Kebangsaan berikutnya untuk disah dan direkodkan di dalam peringatan mesyuarat.
           11.7.7      Ahli Jawatankuasa Kerja Kebangsaan yang gagal menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kebangsaan tiga
                          kaii berturut-turut tanpa alasan yang munasabah adalah dianggap sebagai telah meletakkan jawatan di dalam
                          Jawatankuasa Kerja Kebangsaan.
           11.7.8      Jawatankuasa Kerja Kebangsaan berkuasa melantik dan mengesahkan mana-mana ahli bagi mengisi
                          kekosongan yang beriaku sehingga Mesyuarat Agung Perwakilan diadakan.

Fasal 12       TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA KERJA PKPSM KEBANGSAAN

12.1         Yang DiPertua
12.1.1      Mempengerusikan MesyuaratAgung dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
               Kebangsaan.
12.1.2      Menggunakan undi kuasa sekiranya berfaku bilangan undi yang sama dalam
               mesyuarat.
12.1.3      Mengetuai segala urusan perhubungan dan protokol.
12.1.4      Melantik tiga (3) orang atau lebih Ahli Jawatankuasa Kerja (tambahan)
               mengikut keperluan.
12.2          Naib Yang DiPertua
12.2.1       Membantu menjalankan tugast-tugas YDP.
12.2.2       Memangku jawatan Yang DiPertua semasa ketiadaannya.
12.3          Setiausaha Kehormat
12.3.1       Menyimpan rekod semua perjalanan dan aktiviti PKPSM dan minit-minit
                mesyuarat jawatankuasa.
12.3.2       Melayani, merekod dan mengambil tindakan semua surat PKPSM.
12.3.3       Menyimpan semua surat dan dokumen PKPSM.
12.3.4       Mengeluarkan surat-surat pekeliling dan menguruskan mesyuarat-mesyuarat
                Jawatankuasa Kerja Kebangsaan.
12.3.5       Menyimpan daftar ahli-ahli PKPSM.
12.3.6       Menyedia dan membentangkan laporan tahunan kepada Mesyuarat Agung
                untuk diterima.
12.4          Penolong Setiausaha Kehormat
12.4.1       Membantu kerja-kerja Setiausaha Kehormat.
12.5          Bendahari Kehormat
12.5.1      Menyimpan dan merekod kira-kira bagi segala wang yang diterima atau  
               dibayar.
12.5.2      Menyimpan dalam Bank semua kutipan wang mengikut arahan Jawatankuasa
               dan tidak boleh menyimpan wang tunai di tangan melebihi RM300.00 (Ringgit
               Malaysia: Tiga ratus sahaja) sebagai wang runcit.
12.5.3      Membentangkan penyata kewangan yang telah diaudit sebelum
               dikemukakan kepada Mesyuarat Agung Tahunan untuk diterima.
12.5.4      Menguruskan segala jenis kutipan dan perbelanjaan PKPSM sepertimana
               yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja Kebangsaan.
12.6         Ahli Jawatankuasa Kerja
12.6.1     Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja hendaklah membantu menjalankan tugas-tugas
              pegawai seperti dalam Fasal 12.1 hingga Fasal 12.5.

Fasal 13        JAWATANKUASA KERJA PKPSM CAWANGAN

13.1      Penaung dan Penasihat PKPSM Negeri
Negeri :              Pengarah Pendidikan Negeri
Penasihat :         Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri
 
13.2      PKPSM Bahagian/Daerah
            Penasihat : Pegawai Pendidikan Bahagian/Daerah
 
13.3      Segala urusan yang berkaitan dengan PKPSM Cawangan adalah dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Cawangan yang mengandungi:
Seorang Yang DiPertua Cawangan;
Seorang Naib Yang DiPertua Cawangan;
Seorang Setiausaha Kehormat;
Seorang Penolong Setiausaha Kehormat;
Seorang Bendahari Kehormat Cawangan; dan
Jumiah Ahli Jawatankuasa Biasa Cawangan bergantung kepada keperluan.
 
13.4     Jawatankuasa Setiausaha Kehormat dan Penolong Setiausaha Kehormat akan dilantik oleh Yang DiPertua Cawangan dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja Cawangan.
 
13.5     Semua ahli yang berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Cawangan dan tiap-tiap Ahli Jawatankuasa lain yang menjalankan tugas-tugas eksekutif dalam cawangan hendaklah warganegara Malaysia.
13.6     Nama untuk pencalonan jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan, disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara undian oleh ahli-ahli semasa Mesyuarat Agung Cawangan.  Semua pengawai Cawangan bore dilantik semula setiap dua tahun jika dicalonkan.
 
13.7     Tugas Jawatankuasa Cawangan ialah mengeloia dan mengaturkan kerja-kerja harian cawangan mengikut Perlembagaan PKPSM dan arahan-arahan Jawatankuasa Kerja Kebangsaan dan MesyuaratAgung.  Jawatankuasa Kerja Cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekaii dalam tempoh tiga (3) bulan dan mempunyai cukup korum satu per dua (l/2) bagi ahli yang hadir.  Setiausaha Kehormat Cawangan akan memberi satu salinan peringatan mesyuarat kepada Setiausaha Kehormat Kebangsaan tidak lewat dari 21 hari selepas mesyuarat itu diadakan.
 
13.8      Jawatankuasa PKPSM Bahagian/Daerah akan dipilih semasa Mesyuarat Agung PKPSM Bahagian/Daerah sepertimana pemilihan yang dijalankan di peringkat Cawangan.
 

Fasal 14       TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA KERJA PKPSM CAWANGAN

14.1         Yang DiPertua Cawangan
 
14.1.1   Mempengerusikan MesyuaratAgung Cawangan dan semua Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Cawangan.
                                14.1.2  Menggunakan kuasa undi pemutus.
                                14.1.3  Menandatangani peringatan mesyuarat setelah disahkan.
                                14.1.4  Menandatangani semua cek cawangan bersamasama dengan Bendahari Kehormat Cawangan
                                           dan/ atau Setiausaha Kehormat Cawangan.
                                 14.1.5  Melantik tiga (3) atau lebih Jawatankuasa Tambahan mengikut keperluan.
                    14.2      Naib Yang DiPertua Cawangan
 
14.2.1      Membantu tugas-tugas Yang DiPertua Cawangan.
                                14.2.2      Memangku jawatan Yang DiPertua Cawangan semasa ketiadaannya.
 
14.3         Setiausaha Kehormat Cawangan
 
14.3.1   Bertanggungjawab kepada Yang DiPertua Cawangan mengenai semua urusan pentadbiran PKPSM Cawangan dengan menyimpan rekod-rekod aktiviti, minit mesyuarat, surat-menyurat, pekeliling dna daftar ahli PKPSM  Cawangan.
             14.3.2    Menyedia dan membentangkan laporan tahunan kepada Mesyuarat Agung PKPSM Cawangan unluk
                          diterima.
 
14.4         Penolong Setiausaha Kehormat Cawangan
 
14.4.1      Membantu kerja-kerja Setiausaha Kehormat Cawangan.
            14.4.2      Memangku jawatan Setiausaha Kehormat Cawangan semasa ketiadaannya.
 
14.5         Bendahari Kehormat Cawangan
 
14.5.1      Mengutip dan menerima semua yuran daripada ahli dan mengeluarkan resit.
            14.5.2      Mengumpul dan merekodkan semua jenis bayaran dan sumbangan serta derma ikhlas yang diterima.
            14.5.3      Menyimpan semua rekod penerimaan dan pembayaran wang PKPSM Cawangan.
            14.5.4      Menyimpan segala wang yang diterima ke dalam bank yang dipertujui oleh Jawatankuasa Kerja Cawangan.
            14.5.5      Menyedia dan membentangkan Laporan Kewangan semasa Mesyuarat Jawatankuasa PKPSM Cawangan
                          dan MesyuaratAgung PKPSM Cawangan untuk diterima.
 
14.6         Ahli Jawatankuasa Biasa Cawangan
 
14.6.1      Membantu menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan aktiviti-aktiviti PKPSM Cawangan.
 
Fasal 15 : KEWANGAN PKPSM KEBANGSAAN
15.1      Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam Periembagaan ini, wang PKPSM boleh digunakan untuk perkara berfaedah bagi melaksanakan tujuan-tujuan atau aktiviti dan belanja pentadbiran PKPSM.
 
15.2      Bendahari Kehormat dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih dari RM300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga ratus sahaja) pada sesuatu masa.  Wang yang lebih daripada jumiah itu mestilah dimasukkan di dalam tempoh tujuh hari ke bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Kebangsaan di atas nama PKPSM Malaysia.
 
15.3      Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada kirakira PKPSM hondaklah ditandatangani bersama-sama oleh Yang DiPertua, Setiausaha Kehormat dan Bendahari Ke ormat jika melebihi RM10,000.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh ribu sahaja).  Pengeluaran cek yang bernilai kurang dari RM10,000.00 boleh ditandatangani oleh mana-mana dua (2) orang AJK berikut; Yang DiPertua, Bendahari Kehormat atau Setiausaha Kehormat.
 
15.4      Pembelanjaan yang tidak melebihi RM10,000.00 (Ringgit
Malaysia:       Sepuluh ribu sahaja) boleh diluluskan oleh Yang DiPertua bersama-sama Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat.  Perbelanjaan yang melebihi RM 1 0,000.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh ribu sahaja) perlu mendapat persetujuan daripada Jawatankuasa Kerja Kebangsaan.
 
15.5      Penyata kewangan yang diterima dan dibelanjakan serta penyata kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan dan diperiksa oleh juruaudit dalam yang dipilih di bawah Fasal 17 Periembagaan ini dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan.  Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diterima oleh Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Perwakilan.
 
15.6       Tahun kewangan PKPSM bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun.
 

Fasal 16       KEWANGAN PKPSM CAWANGAN

16.1         Semua wang yang dikutip di Cawangan-cawangan PKPSM akan menjadi aset Cawangan.
16.2      Semua wang cawangan hendaklah disimpan di atas nama PKPSM Cawangan di dalam Bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja Cawangan dan kira-kira wang itu dikelolakan bersama-sama oleh Yang DiPertua Cawangan, jika ketiadaannya oleh Naib Yang DiPertua, Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat Cawangan.
 
16.3    Bendahari Kehormat Cawangan dibenarkan menyimpan wang tunai dalam tangan tidak lebih dari RM300.00 (Ringgit
Malaysia:       Tiga ratus sahaja) pada sesuatu masa.
 
16.4      Perbelanjaan yang tidak melebihi RM10,000.00 (Ringgit
Malaysia:       Sepuluh ribu sahaja) boleh diluluskan oleh Yang DiPertua Cawangan bersama-sama Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat.  Pert;eianjaan yang melebihi RM10,000.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh ribu sahaja) perlu mendapat persetujuan daripada Jawatankuasa Kerja PKPSM Cawangan dan pengeluaran cek hendaklah ditandatangani oleh tiga (3) orang AJK, iaitu Yang DiPertua, Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat.  Sekiranya nilai sesuatu cek itu kurang dari RM10,000.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh ribu sahaja), mana-mana dua (2) orang AJK berikut; Yang DiPertua, Bendahari Kehormat atau Setiausaha Kehormat boleh menandatanganinya.
 
16.5         Semua Bendahari Kehormat Cawangan akan menyerahkan yuran tahunan kepada Bendahari Kehormat Kebangsaan sebulan sebelum Mesyuarat Agung Tahunan.
 

Fasal 17        JURUAUDIT DALAM

17.1      Dua orang Juruaudit Dalam dipilih semasa Mesyuarat Agung PKPSM Kebangsaan dan Mesyuarat Agung PKPSM Cawangan.
 
17.2      Juruaudit dikehendaki memeriksa kira-kira tahunan PKPSM dan membuat laporan atau pengesahan untuk dibentang semasa Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Perwakilan.  Juruaudit juga dikehendaki mengaudit kira-kira kewangan PKPSM pada bila-bila masa yang diminta oleh YDP PKPSM.
 
17.3      Juruaudit dikehendaki membuat laporan audit.
 
Fasal 18 : PENGAMANAH
18.1      Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih dari 21 tahun hendaklah dilantik semasa Mesyuarat Agung PKPSM Kebangsaan dan Mesyuarat Agung PKPSM Cawangan dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh PKPSM.  Semua harta takalih yang dipunyai oleh PKPSM akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).
 
18.2      Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik dan menukarkan harta kepunyaan PKPSM dengan tidak
            mendapatkan persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung.
 
18.3      Seseorang Pengamanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyularat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana lain sebab yang mengakibatkan ia tidak boleh menjalankan tugas atau tanggungjawabnya dengan memuaskan.  Jika beriaku kematian, kekosongan itu dipenuhkan oleh Pengamanah baru yang dilantik semasa Mesyuarat Agung Kebangsaan atau Mesyuarat Agung Cawangan atau Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kebangsaan atau Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Cawa,ngan dengan secepat mungkin.
 

Fasal 19        MESYUARAT AGUNG ATAU MESYUARAT PERWAKILAN

19.1      Mesyuarat Agung Tahunan PKPSM hendaklah diadakan selewat-lewatnya 31 Ogos tiap-tiap tahun.  Tarikh, masa dan tempat bagi Mesyuarat Agung Tahunan ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja Kebangsaan.
 
19.2       Seseorang ahli PKPSM dengan persetujuan Yang DiPertua boleh bersuara atau mengundi.
 
19.3      Korum untuk Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Perwakilan dianggap cukup jika wakil yang hadir berjumiah lebih daripada satu per dua (l/2) dari jumiah perwakilan cawangan-cawangan.
                    19.4     Agenda Mesyuarat Agung Perwakilan bagi PKPSM yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja
                                Kebangsaan adalah seperti berikut:
 
        19.4.1      Membentang dan menerima Peringatan Mesyuarat Agung yang lalu.
                    19.4.2      Membentang dan menerima Laporan Tahunan Jawatankuasa Kerja Kebangsaan PKPSM bagi tahun
                                   sebefumnya.
                     19.4.3      Membentang dan menerima Laporan Kewangan bagi tahun sebelumnya.
                     19.4.4      Memilih ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Kebangsaan dan dua Juruaudit Dalam untuk dua (2) tahun
                                    berikutnyal kecuali jawatan Setiausaha Kehormat dan Penolong Setiausaha Kehormat yang akan
                                    dilantik oleh Yang DiPertua.
                     19.4.5      Menyampaikan Ucapan Penangguhan
                     19.4.6      Membincangkan perkara-perkara lain yang dibentangkan semasa dalam mesyuarat tersebut.
19.5      Pengumuman awal mengenai Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Perwakilan yang menyatakan tarikh, masa dan tempat serta cadangan atau usul untuk diperbincangkan semasa MesyuaratAgung hendaklah dikirim oleh Setiausaha Kehormat Kebangsaan kepada tiap-tiap Setiausaha Kehormat Cawangan tidak lewat dari 30 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat.  Tiap-tiap Setiausaha Kehormat Cawangan hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan.
 
19.6      Resolusi-resolusi, usul-usul atau cadangan untuk pertimbangan Mesyuarat Agung hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kehormat Kebangsaan 21 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Tahunan.
 
19.7      Mesyuarat Khas Perwakilan bagi PKPSM ini boleh diadakan:
19.7.1      Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Kerja Kebangsaan, atau
19.7.2      Atas permintaan dengan bertulis oleh ahli-ah jawatankuasa bagi dua cawangan atau lebih dengan
               menerangkan tujuan-tujuan atau sebab-sebab mengadakannya.
 
19.8  Mesyuarat Khas Perwakilan yang diminta oleh Cawangancawangan atau ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
 
19.9     Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Khas Perwakilan itu hendaklah diedarkan kepada semua Setiausaha Kehormat Cawangan sekurang-kurangnya 15 hari sebelum tarikh Mesyuarat Khas Perwakilan yang telah ditetapkan.
 
19.10    Setiausaha Kehormat Kebangsaan hendaklah menghantar kepada semua Setiausaha Kehormat Cawangan salinan peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Perwakilan atau Mesyuarat Khas Perwakilan dengan seberapa segera setelah selesainya sesuatu mesyuarat itu.
 

Fasal 20       MESYUARAT AGUNG CAWANGAN

20.1     Notis Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan akan diadakan tidak lewat dari 30 hari (kecuali dengan kebenaran Jawatankuasa Kerja Kebangsaan untuk tujuan penangguhan) dengan memaklumkan tarikh, masa dan tempat Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan itu diadakan.
 
20.2     Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan adalah seperti berikut:
 
20.2.1       Membentang dan menerima Peringkatan Mesyuarat Agung yang lalu.
                             20.2.2       Membentang dan menerima Laporan Tahunan Jawatankuasa Kerja Cawangan bagi tahun
                                             sebelumnya.
                            20.2.3       Membentang dan menerima Laporan Kewangan PKPSM bagi tahun sebelumnya.
              20.2.4        Memilih Jawatankuasa Cawangan dan Juruaudit Dalam untuk tempoh dua tahun berikutnya,
                               kecuali jawatan Setiausaha Kehormat dan Penolong Setiausaha Kehormat yang akan dilantik
                               oleh Yang DiPertua.
                             20.2.5         Menyampaikan Ucapan Penangguhan.
                             20.2.6         Membincangkan perkara-perkara lain yang disuara atau dibentangkan.
 
20.3   Setiausaha Kehormat Cawangan hendaklah memberi notis 14 hari sebelum MesyuaratAgung Tahunan Cawangan diadakan untuk pemberitahuan tarikh, masa dan tempat serta mengemukakan cadangan atau usul.
 
20.4   Pencaionan untuk pemiiihan ahli jawatankuasa dan cadangan untuk perbincangan semasa mesyuarat agung hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Kehormat Cawangan tidak lewat daripada 7 hari selepas penerimaan notis mesyuarat agung.  Sekiranya tiada pencalonan diterima selepas tarikh yang ditetapkan, maka cadangan pencalonan pada masa Mesyuarat Agung dijalankan boleh diterima pakai untuk pemilihan.
 
20.5    Setiausaha Kehormat Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum MesyuaratAgung Tahunan Cawangan diadakan, satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan berserta dengan penyata kewangan cawangan bagi tahun sebelumnya yang telah diauditkan.  Salinan surat-surat ini juga boleh diperolehi untuk makluman ahli-ahli cawangan.
20.6      Sekurang-kurangnya satu per dua (l/2) dari jumiah ahli cawangan berhak mengundi atau dua kaii ganda jumiah Ahli Jawatankuasa Cawangan, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir semasa Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan untuk mencukupkan korum dan mengesahkan perjalanan mesyuarat.
 
20.7      Jika korum tidak cukup selepas setengah jam dari masa yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 7 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja Cawangan (tertakluk kepada Fasal 14.1). Jika sekiranya korum masih tidak cukup selepas setengah jam daripada masa yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka ahliahli boleh menjalankan mesyuarat tetapi tidak mempunyai kuasa membuat sebarang keputusan yang melibatkan semua ahli.
 
20.8         Suatu Mesyuarat Agung Khas Cawangan hendaklah diadakan:
                             20.8.1         Atas arahan Jawatankuasa Kerja Kebangsaan; atau
                             20.8.2         Apabila Jawatankuasa Cawangan memikirkannya mustahak;
                              20.8.3         Atas permintaan bertulis tidak kurang satu per tiga (l/3) dari ahli cawangan dengan menyatkan
                                                tujuan dan sebab untuk mengadakan mesyuarat itu.
                 20.9      Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli hendaklah diadakan dalam tempoh 15 hari dari tarikh
                              penerimaan permintaan mesyuarat tersebut.
 
20.10   Fasal 20.6 dan 20.7 di dalam Periembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari masa yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli tersebut, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
 
20.11    Setiausaha Kehormat Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli dan Setiausaha Kehormat Kebangsaan satu salinan peringatan tiap-tiap MesyuaratAgung Cawangan dengan seberapa segera setelah selesainya mesyuarat itu.
 

Fasal 21      PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UMUM MENGENAI CAWANGAN

21.1      Di mana Peruntukan Khas tiada disebut di dalam Periembagaan ini bagi perkara-perkara berhubung dengan pentadbiran cawangan-cawangan PKPSM, Perlembagaan yang berkenaan mengenai pentadbiran ]bu Pejabat PKPSM akan diikuti sejauh mana yang sesuai.
21.2    Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kebangsaan akan memberi arahan kepada MesyuaratAgung atau Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Cawangan mengenai pentadbirannya.

Fasal 22       PEMBUBARAN

22.1      Pembubaran PKPSM Malaysia adalah tertakluk kepada kuasakuasa dan peruntukan Kementerian  Pendidikan Malaysia.
                     22.2       Pembubaran PKPSM Cawangan-eawangan juga adalah tertakluk kepada kuasa-kuasa dan peruntukan
                                  Kementerian Pendidikan Malaysia.

Fasal 23       PINDAAN PERLEMBAGAAN

23.1          Periembagaan ini tidak boleh djubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung atau  
                Mesyuarat Agung Tergempar PKPSM Malaysia.

Fasal 24      TAFSIRAN PERLEMBAGAAN

24.1      Di antara berlangsungnya Mesyuarat-mesyuarat Perwakilan, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan boleh memberikan tafsirannya kepada Periembagaan ini dan apabila mustahak memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam Periembagaan ini.
                   24.2      Kecuaii perkara-perkara yang berientangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat semasa
                               Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa Keria Kebangsaan ke atas ahli-ahii adalah muktamad jika tidak
                               diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.
         
 
     ................tt....................                                                                          .........tt...............
Yang DiPertua                                                                                 Setiausaha Kehormat
PKPSM Malaysia                                                                             PKPSM Malaysia
 
                                                                                                                                     Tarikh:
 

KEMBALI


PKPSM NEGERI JOHOR
Komen/Cadangan Mengenai Laman Web: (Penyelenggara Web )
© Hakcipta Terpelihara 2008 - Bahagian  ICT