PERUTUSAN YDP PKPSM NEGERI JOHOR

 

Pengetua Budiman,

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah kerana dengan izin, limpah dan kurnianya umur kita telah dipanjangkan untuk melangkah ke tahun 2008.

Sebagai pengetua kita perlu memahami senario pendidikan pada hari ini. Y.B. Dato' Sri Hishammuddin bin Tun Hussein - Menteri Pelajaran Malaysia telah menggariskan 6 Teras Utama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:

  1. Membina negara bangsa.
  2. Membangunkan Modul Insan.
  3. Memperkasa Sekolah Kebangsaan.
  4. Merapatkan jurang pendidikan antara bandar dengan luar bandar.
  5. Memartabatkan kecemerlangan institusi pendidikan.

Justeru itu sebagai pengetua, kita hendaklah bersedia dengan cabaran baru ini. PIPP hendaklah dijadikan agenda utama dan hala tuju kita dalam menguruskan organisasi pendidikan yang cemerlang. Dalam hal ini saya suka menyeru rakan-rakan agar memantapkan pengurusan sekolah melalui pengkongsian ini.

  • Menyediakan peluang yang seluasnya kepada pelajar ( creating opportunities).
  • Membangunkan kurikulum sekolah (Develop the school curiculum).
  • Fokus kepada pengajaran dan pembelajaran ( Teaching and learning).
  • Pengurusan kewangan yang cekap.
  • Gunakan kepakaran yang ada ( Using of local specialist).
  • Pandang ke hadapan ( The way ahead).

Semoga teras pengurusan ini akan menjadi panduan utama dalam setiap aktiviti sekolah, apa yang lebih penting ialah 'end product ' natijah dari pengurusan yang cekap dan berkesan.

Saya yakin dan percaya rakan-rakan pengetua merupakan pengurus yang berketerampilan dan mampu membuat perubahan yang lebih baik.

Sekian.

 

KEMBALI

 


 

PKPSM NEGERI JOHOR
Komen/Cadangan Mengenai Laman Web: (Penyelenggara Web )
© Hakcipta Terpelihara 2008 - Bahagian  ICT