Persidangan kali ke -45 ini bertemakan "Kepimpinan Berinspirasi: Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia" telah membawa beberapa resolusi iaitu:
Menghayati Visi dan Misi kementerian Pelajaran Malaysia untuk memertabatkan sistem pendidikan bertaraf dunia.
Menyedari dan menginsafi kepentingan kecekapan serta keberkesanan kualiti kepimpinan pendidikan bertaraf dunia.
Menerima dan menghayati idea-idea, saranan serta pemikiran terkini yang dikemukakan dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia.